Assalamualaikum..
Di hari mulia ini, ku susun sepuluh jari,,,ewahhh,,, nyanyi plak die,, well..aku baru sahaja bergelar blogger hari ini,, tapi bukan macam FL deh..aku cuma blogger biasa aja,, kalau nak post baru aku post...aku ni ikut mood je bukan selalu pon,,kalau aku rasa nak post, aku post ok,,
lets go to the main topic.. hari ini aku nak share sikit pasal 'Saka'..aih bakpo warno meroh pulok nih,,, bukan nak menakutkan korang semua,tapi nak highlight je bagi kasi nampak sikit..
ok,,kalau korang nak tau yang korang ni tergolong dalam golongan orang yang terkena saka ke tak,, korang cuba check yang korang ade tak tanda-tanda ni pada korang. kalau ada, sah-sah la korang ade saka, then hidup korang pas ni kemurungan dan tunggu makan orang suap je akibat baca blog Atikah Noh ni,,,hahaha
ish,,,gurau je,,kalau korang check macam ade je macam ade je, then korang cuba lah amalkan ayat-ayat yang ustaz beri.. ok,,,
antara tanda-tanda terkena saka ialah:
1. sakit sendi
sakit sendi ni biasa kalau pesakit yang hidap saka.. pesakit akan rasa sakit di bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim dan sebagainya.
2. gangguan emosi dan minda:
pesakit akan cepat moody, sensitif, confused, tak ada keyakinan diri dan susah nak fokus.
3. gangguan tidur
yang masalah ni, aku pon ada. bukan selalu la, kadang-kadang je. kalau aku lapar memang susah nak tidur. hehe.. ok pesakit akan selalu mengantuk atau sukar nak tidur lena.
5. halusinasi atau gambaran pelik-pelik dalam minda
ni macam korang selalu terbayang muka hantu ke muka-muka yang menakutkan yang macam korang tengok kat tv atau panggung ke.. masalah yang korang alami ni menyebabkan korang jadi takut bila bersendirian terutama bila malam dan masa nak mandi..betul tak.. jangan pulak jadikan alasan takut untuk mandi dan menyebabkan badan korang dah naik kurap.. kalau takut sangat, ajakla adik-adik korang ke teman ataupun paling senang, mandi awal-awal ok..
6. sesak nafas atau mengah
yang ni bukan pesakit asma tau.. nanti korang kata yang pesakit asma tu ada saka.. kesian oi diorang,,nanti bila korang bagi thau macam tu kat diorang lagi la diorang asma sampai masuk hospital, sape nak bayor bil nye.. sesak nafas yang di alami pesakit saka ni macam tiba-tiba rasa macam ade yang tekan dada kita menyebabkan kita rasa sesak.. kalau anda rase macam ni,,baca ayat kursi dan urut-urut.. kalau boleh minum air suam jugak untuk mengurangkan sakit tu.
7. letih badan dan tidak bermaya
biasanya bahagian bada yang letih ni bahagian pinggang ke bawah hingga kaki..bahagian tu akan rasa lemah dan kebas kadang-kadang..
8. nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin
cube check yang ni,,tak nak hurai.. hihi
next ade lagi tau..
korang akan kerap mimpi
1. menyusukan bayi
2. di kelilingi kanak-kanak
3. ada seseorang bagi sesuatu dalam mimpi
4. belajar mengubat
5. mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia
6. mimpi rumah lama/ pusaka
korang jugak akan
1. boleh menilik sejarah/sifat seseorang
2. sering sakit lutut tanpa sebab klinikal
3. sakit anggota badan/pengsan terus bila lawat orang yang meninggal dunia.
4. banyak ketumbuhan/penyakit ganjil pada badan
5. nyanyuk ketika tua ( tak tau la betul ke tidak)
6. panas baran
7. mendakwa boleh lihat jin/makhluk halus.
kalau korang rase ade semua ni cuba amalkan seperti di bawah:
1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun.
3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
5. Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.
6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.
7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.
11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.
semoga apa yang aku share ni dapat membantu sedikit sebanyak dengan apa yang korang alami ok..
Wassalam..