Sunday, 2 February 2014

Santubong Oh Santubong

Assalamualaikum..

hai kengkawan, lame gak ek ak tak post.. ai ni aku nak post pasai aku g Santubong. Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia yang merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.
Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong di mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam danHindu di Sarawak. Kiranya aku ni macam melancong la ek. kalau hari yang cerah, anda dapat lihat Gunong Santubong dari Bandar Kuching. 

meh aku nak cite pasal sejarah Gunung Santubong ni. 
Satu legenda sering dikaitkan dengan gunung ini adalah dua puteri indah syurga, Santubong dan Sejinjang . Santubong merupakan penenun pakar manakala Sejinjang merupakan tresher (alat untuk padi menjadi beras) beras yang sangat baik. Apabila perang meletus antara dua buah kampung , Kampung Pasir Puteh dan Kampung Pasir Kuning , Raja Syurga menghantar puteri untuk menjaga keamanan di kedua-dua kampung . Penduduk kampung melihat kedua-dua puteri yang cantik dan berhenti perang. Selepas perang, kedua-dua puteri mengajar penduduk kampung kepakaran mereka dan kedua-dua kampung mula berdagang dan menjadi makmur. Banyak raja-raja mendengar daripada mereka dan datang dari seluruh pulau ini untuk mengahwini mereka , tetapi semua telah dinafikan oleh mereka. Satu hari , seorang putera kacak datang, dan puteri mempunyai pertengkaran dan bertukar-tukar pukulan kerana kedua-dua mereka jatuh cinta dengan putera itu. Sejinjang mengayunkan tresher beliau yang melanda pipi Santubong ini . Santubong melemparkan penenun beliau di Sejinjang , memukul beliau di kepala. Meletakkan satu pengakhiran kepada pertengkaran , Raja Syurga menyumpah kedua-dua mereka menjadi gunung. Santubong bertukar menjadi Gunung Santubong manakala Sejinjang telah bertukar menjadi Gunung Sejinjang . Dikatakan bahawa kedua-dua gunung menyerupai wanita berbaring di atas belakang mereka dan retak di Gunung Santubong adalah parut di pipi Puteri Santubong ini . 

tapi, macam-macam cerita pasal dua orng puteri ni, tak tahu mana yang betul.. tapi mereka berdua bertengkar berebut putera raja la.. 

ni la Gunung Santubong

Gunung Sejinjang yang bertentangan dengan Gunung Santubong

ni puncak Gunung Santubong, ketinggian 810m

then, singgah jap kat Santubong Resort nak tengok pantainya... nak masuk bayar parking rm2.00 ok.

ni la pantainya yang bersih.. air die melambung tinngi sampai terkena orang yang duk kat tepi-tepii.. aku nyaris nak kena air mase posing kat situ. haha 

posing sebentar. nyaris nak kena ombak.. 


macam ni la pemandangan di pantai tu... ignore tuan yang cantik tu

ni la burung kenyalang yang ada kat resort tu.. 


puteri yang cantik berposing bersama burung kenyalang gergasi..hewhew

menuju ke resort...



sebelum tu posing dulu..tapi kenapa aku nampak gelap di sini

ni la akak yang bawak kami ke Santubong,.. credit to kak faridah.. die duk busy main kejar-kejar dengan anak die... thanks a lot kak

aku pon tak tau la kenapa gambar aku panjang-panjang,,,

ni sangitha. aku panggil die maggi..die pon suka posing jugak, dah berjangkit dengan aku

ni aku sorang je, si maggi takdak, die duk busy dengan bisnes maggi die... 


ni resort Santubong... gamabr ni sangitha yang ambik, sebab tu tercrop sikit.. entah mengapa die tak menggunakan sepenuhnya ilmu photography yang aku ajar kat die..

ni Kampung Budaya atau Muzium Hidup Sarawak. aku tak masuk dalam tu. ambik gambar kat luar je. berdekatan dengan Santubong Resort. Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia
kalau nak masuk kena bayar ok.. 

Entrance Fees: RM 45.00 for Adult RM 22.50 for child

last skali ni la muke aku..haha 


jumpa lagi next entry...ok assalam... bye





No comments:

Post a Comment