Thursday, 3 April 2014

fertigasi gantung terbuka?....apa tu awak?

Assalamualaikum... 

hari ini, aku nak cerita pasal aku punya projek khas mase aku praktikal kat IADA Kalaka-Saribas-Betong, Saratok, Sarawak..aku praktikal kat situ lame doh, 5 bulan kot...tp aku enjoy la mase praktikal kat sane sbb nya orang Saratok baik-baik belaka. perjalanan aku dari UPM ke Saratok lebih kurang 400km tau,,,Saratok ni pulak dalam 300km dari Kuching, Bandaraya Sarawak. That's why aku selalu cerita pasal Sarawak ni je terutama sekali Kuching..Meow-meow.. 

Ok, back to the topic...bagi yang belum tahu pasal fertigasi ni, meh aku cerite sedikit.. 

APA ITU FERTIGASI

Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer and irrigation). ia boleh ditakrifkan sebagai suatu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah sistem titisan. Sistem pengairan renjis atau lain0lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun, serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain dalam teknik chemigation.

ok, dah faham apa tu fertigasi? kenapa aku wat gantung?pastu terbuka pulak tu? ok, aku terangkan..

kenapa fertigasi gantung?

1) kawasan yang mudah di naiki air
2) mengelakkan masalah penyakit tanah
3) ruang yang terhad (sesuai la sape-sape yang duk umah flat or ruang sempit)
4) kawasan tanah yang tidak rata
5) tanah yang lembut/tidak sesuai untuk penanaman
6) terganggu dengan masalah binatang (kalau gantung, binatang tu tak boleh kacau, kan?)
7) nak bagi nampak pro la sikit (yg ni cam takde kaitan)

ha, dah faham kan..kenapa aku wat gantung. Then, kenapa terbuka? meh aku cite kenapa aku wat terbuka..

Kenapa fertigasi gantung terbuka?

1) cuaca yang baik di kawasan tersebut (tak da masalah ribut taufan)
2) tiada masalah serangga (bukan tak ada, tapi kurang)
3) kos rumah pelindung hujan yang maha (yang ni paling utama sebenarnya)

then, aku pon combine kan mereka jadi 1 projek... FERTIGASI GANTUNG TERBUKA.. 

Sape yang tetibe berminat nak wat, aku tunjukkan method die ok..

METODOLOGI/KAEDAH

a) penyediaan kawasan
b) pembinaan para
c) semaian anak benih
d) pemasangan sistem pengairan
f) penyediaan larutan stok
g) pemasa/timer

untuk melakukan fertigasi gantung terbuka ni, korang kena wat semua ni...

a) penyediaan kawasan 

untuk penyediaan kawasan, korang kena cari kawasan yang sesuai la, jangan pergi wat tepi pantai/laut..nanti bergoyang tanaman korang sebab dia bergantung..



b) pembinaan para

1- ok, yang ni korang kena ada 4 tiang besi yang kukuh dan sama panjang.

2- cucuk tiang besi tu pada tanah dan pastikan betul2 kukuh. Buat 4 penjuru. 
3- pastu, ambik besi yang lain dan ikat secara melintang pada tiang besi tersebut.


ok, aku pon nak buat jugak tau,,,haha


ok, pastu kite go on dengan penyediaan media tanaman dan penggantungan polibeg

1- untuk media, kite guna sekam padi bakar dan habuk sabut (kite tak guna tanah, sebab berat dan untuk elak penyakit tanah). nisbah 1:1



2- pas kite gaulkan, kite bubuh dalam polibeg..





3- kalau boleh bubuh biar lebih sikit sebab nanti die akan mendap sebab kite akan siram. media ni ringan, so die akan lebih mendap bila basah.


4- pastu, kite uji ketinggian polibeg yang kita nak, kita nak brape tinggi, semakin die tinggi polibeg, semakin kurang goyangan polibeg..haha,,,hipotesis gitu,,,goyangan pon boleh la,,



5- untuk penggantungan polibeg tu, kita guna tali yang di ikat 4 penjuru dari bawah polibeg. kita tampung polibeg tu dengan ikatan tali tersebut. tali yang digunakan haruslah kukuh ok.. tak kisah la korang nak guna tali apa...aku guna tali jenis rafia (tapi bukan yang biasa ok, ni jenis lain sikit, die lebih tebal dan kukuh untuk berbulan-bulan lamanya)


6- untuk gantung, korang kena ada hook baru senang nak gantung. hook tu aku wat sendiri (kekretifan itu penting dong bak kata En. Kasumawandy yang banyak bantu aku dalam melancarkan projek ni)

7- pas ada hook boleh la gantung kan polibeg korang tu..



cerita pasal jarak, jarak yang aku gunakan ialah:

panjang = 20 kaki

jarak setiap polibeg = 2 kaki
ketinggian = 4 kaki

korang kena pastikan jarak setiap polibeg tu seragam ok..



c) penyemaian anak benih

medium memainkan peranan utama dalam proses percambahan biji benih dan pembesaran tanaman yang seterusnya. berbagai medium semaian terdapat di pasaran boleh digunakan. medium yang baik menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit dan kos yang berpatutan.. 

jenis media semaian yang murah dan baik ialah habuk sabut (cocopeat atau coir dust). selain itu, media semaian khas "peat moss" dan "giffy-7" yang mengandungi baja untuk tempoh tiga minggu dan telah dirawat sesuai dan boleh digunakan.

jika menggunakan media 'habuk sabut', lembabkan terlebih dahulu dengan larutan baja pada kepekatan 1.5 ,S/cm (bacaan E.C meter). tujuan rendaman di dalam larutan baja ialah supaya media semaian dapat membekalkan sedikit nutrien di awal pertumbuhan anak pokok.

sediakan larutan baja yang dikehendaki secukupnya di dalam satu bekas takungan. rendam dan gaulkan habuk sabut ke dalam larutan baja dan biarkan selama 2-3 jam. Selepas itu, media tersebut diisikan ke dalam pot atau dulang semaian sehingga penuh dengan tanpa memadatkannya. 

selepas semuanya selesai, penyemaian anak benih rockmelon boleh la dilakukan..




sekali tengok macam buah real pulak

awak-awak,,nanti membesar dengan sihat ye.. 


ok,,,,nanti kite sambung next entry la plak ye....lotih eden ni ha,,,biasa la blogger baru nak up...toin-toin... 



1 comment:

  1. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    chandra (mobile) 0123795729
    Malik (mobile) 0176159983

    ReplyDelete