Monday, 1 December 2014

kerja sambilan di rumah

assalamualaikum..

hai semua.. entry kali ni agak mematangkan sikit kan.. mesti ramai di antara kita semua yang nak buat kerja sambilan di rumah dengan mudah kan .. sebab bila kita buta kerja di rumah kita tak perlu nak pikir banyak pasal benda lain kan..biasanya golongan yang nak buat kerja sambilan di rumah ni golongan yang nak cari duit lebih, student yang cuti sem tak lama dan golongan yang tak de transport nak perhi kerja jauh-jauh..

ok.. antara kerja sambilan di rumah yang mudah dan senang ialah

1) bisnes online
yang ni rating nombor 1 sebab ramai di antara suri rumah mahupun yang dah bekerja buat bisnes online malah student sendiri ponbuat bisnes ni jugak.. bisnes online tak banyak modal pon cuma perlu bayar bil internet bulan-bulan je..

2) reka tudung sendiri pastu jual
yang ni yang paling ramai wanita dan gadis di luar sana yang buat sebab tudung kini mendapat sambutan sebab ramaiyang sudah berhijab.. jika anda dapat mengenalpasti mana kedai tudung yang murah dan borong, ini lagi senang tambah pula rumah anda dekat dengan pejabat pos..ini lagi kemudahan yang advance sebab anda lagi mudah untuk mengepos barang.

3) buat roti
kenapa saya kata roti tidak kek? sebab tidak kira pagi petang malam orang akan makan roti untuk alas perut ...roti boleh di oleh denagn kretiviti untuk nampak lebih menarik.. lagi pun ramai yang meminati roti..


jika anda berada di negeri kelantan, anda boleh layari http://jmc-kotabharu.blogspot.com/ untuk mendapatakan pekerjaan..


Thursday, 3 April 2014

fertigasi gantung terbuka?....apa tu awak?

Assalamualaikum... 

hari ini, aku nak cerita pasal aku punya projek khas mase aku praktikal kat IADA Kalaka-Saribas-Betong, Saratok, Sarawak..aku praktikal kat situ lame doh, 5 bulan kot...tp aku enjoy la mase praktikal kat sane sbb nya orang Saratok baik-baik belaka. perjalanan aku dari UPM ke Saratok lebih kurang 400km tau,,,Saratok ni pulak dalam 300km dari Kuching, Bandaraya Sarawak. That's why aku selalu cerita pasal Sarawak ni je terutama sekali Kuching..Meow-meow.. 

Ok, back to the topic...bagi yang belum tahu pasal fertigasi ni, meh aku cerite sedikit.. 

APA ITU FERTIGASI

Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer and irrigation). ia boleh ditakrifkan sebagai suatu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah sistem titisan. Sistem pengairan renjis atau lain0lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun, serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain dalam teknik chemigation.

ok, dah faham apa tu fertigasi? kenapa aku wat gantung?pastu terbuka pulak tu? ok, aku terangkan..

kenapa fertigasi gantung?

1) kawasan yang mudah di naiki air
2) mengelakkan masalah penyakit tanah
3) ruang yang terhad (sesuai la sape-sape yang duk umah flat or ruang sempit)
4) kawasan tanah yang tidak rata
5) tanah yang lembut/tidak sesuai untuk penanaman
6) terganggu dengan masalah binatang (kalau gantung, binatang tu tak boleh kacau, kan?)
7) nak bagi nampak pro la sikit (yg ni cam takde kaitan)

ha, dah faham kan..kenapa aku wat gantung. Then, kenapa terbuka? meh aku cite kenapa aku wat terbuka..

Kenapa fertigasi gantung terbuka?

1) cuaca yang baik di kawasan tersebut (tak da masalah ribut taufan)
2) tiada masalah serangga (bukan tak ada, tapi kurang)
3) kos rumah pelindung hujan yang maha (yang ni paling utama sebenarnya)

then, aku pon combine kan mereka jadi 1 projek... FERTIGASI GANTUNG TERBUKA.. 

Sape yang tetibe berminat nak wat, aku tunjukkan method die ok..

METODOLOGI/KAEDAH

a) penyediaan kawasan
b) pembinaan para
c) semaian anak benih
d) pemasangan sistem pengairan
f) penyediaan larutan stok
g) pemasa/timer

untuk melakukan fertigasi gantung terbuka ni, korang kena wat semua ni...

a) penyediaan kawasan 

untuk penyediaan kawasan, korang kena cari kawasan yang sesuai la, jangan pergi wat tepi pantai/laut..nanti bergoyang tanaman korang sebab dia bergantung..



b) pembinaan para

1- ok, yang ni korang kena ada 4 tiang besi yang kukuh dan sama panjang.

2- cucuk tiang besi tu pada tanah dan pastikan betul2 kukuh. Buat 4 penjuru. 
3- pastu, ambik besi yang lain dan ikat secara melintang pada tiang besi tersebut.


ok, aku pon nak buat jugak tau,,,haha


ok, pastu kite go on dengan penyediaan media tanaman dan penggantungan polibeg

1- untuk media, kite guna sekam padi bakar dan habuk sabut (kite tak guna tanah, sebab berat dan untuk elak penyakit tanah). nisbah 1:1



2- pas kite gaulkan, kite bubuh dalam polibeg..





3- kalau boleh bubuh biar lebih sikit sebab nanti die akan mendap sebab kite akan siram. media ni ringan, so die akan lebih mendap bila basah.


4- pastu, kite uji ketinggian polibeg yang kita nak, kita nak brape tinggi, semakin die tinggi polibeg, semakin kurang goyangan polibeg..haha,,,hipotesis gitu,,,goyangan pon boleh la,,



5- untuk penggantungan polibeg tu, kita guna tali yang di ikat 4 penjuru dari bawah polibeg. kita tampung polibeg tu dengan ikatan tali tersebut. tali yang digunakan haruslah kukuh ok.. tak kisah la korang nak guna tali apa...aku guna tali jenis rafia (tapi bukan yang biasa ok, ni jenis lain sikit, die lebih tebal dan kukuh untuk berbulan-bulan lamanya)


6- untuk gantung, korang kena ada hook baru senang nak gantung. hook tu aku wat sendiri (kekretifan itu penting dong bak kata En. Kasumawandy yang banyak bantu aku dalam melancarkan projek ni)

7- pas ada hook boleh la gantung kan polibeg korang tu..



cerita pasal jarak, jarak yang aku gunakan ialah:

panjang = 20 kaki

jarak setiap polibeg = 2 kaki
ketinggian = 4 kaki

korang kena pastikan jarak setiap polibeg tu seragam ok..



c) penyemaian anak benih

medium memainkan peranan utama dalam proses percambahan biji benih dan pembesaran tanaman yang seterusnya. berbagai medium semaian terdapat di pasaran boleh digunakan. medium yang baik menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit dan kos yang berpatutan.. 

jenis media semaian yang murah dan baik ialah habuk sabut (cocopeat atau coir dust). selain itu, media semaian khas "peat moss" dan "giffy-7" yang mengandungi baja untuk tempoh tiga minggu dan telah dirawat sesuai dan boleh digunakan.

jika menggunakan media 'habuk sabut', lembabkan terlebih dahulu dengan larutan baja pada kepekatan 1.5 ,S/cm (bacaan E.C meter). tujuan rendaman di dalam larutan baja ialah supaya media semaian dapat membekalkan sedikit nutrien di awal pertumbuhan anak pokok.

sediakan larutan baja yang dikehendaki secukupnya di dalam satu bekas takungan. rendam dan gaulkan habuk sabut ke dalam larutan baja dan biarkan selama 2-3 jam. Selepas itu, media tersebut diisikan ke dalam pot atau dulang semaian sehingga penuh dengan tanpa memadatkannya. 

selepas semuanya selesai, penyemaian anak benih rockmelon boleh la dilakukan..




sekali tengok macam buah real pulak

awak-awak,,nanti membesar dengan sihat ye.. 


ok,,,,nanti kite sambung next entry la plak ye....lotih eden ni ha,,,biasa la blogger baru nak up...toin-toin... 



Sunday, 2 February 2014

Santubong Oh Santubong

Assalamualaikum..

hai kengkawan, lame gak ek ak tak post.. ai ni aku nak post pasai aku g Santubong. Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia yang merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.
Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong di mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam danHindu di Sarawak. Kiranya aku ni macam melancong la ek. kalau hari yang cerah, anda dapat lihat Gunong Santubong dari Bandar Kuching. 

meh aku nak cite pasal sejarah Gunung Santubong ni. 
Satu legenda sering dikaitkan dengan gunung ini adalah dua puteri indah syurga, Santubong dan Sejinjang . Santubong merupakan penenun pakar manakala Sejinjang merupakan tresher (alat untuk padi menjadi beras) beras yang sangat baik. Apabila perang meletus antara dua buah kampung , Kampung Pasir Puteh dan Kampung Pasir Kuning , Raja Syurga menghantar puteri untuk menjaga keamanan di kedua-dua kampung . Penduduk kampung melihat kedua-dua puteri yang cantik dan berhenti perang. Selepas perang, kedua-dua puteri mengajar penduduk kampung kepakaran mereka dan kedua-dua kampung mula berdagang dan menjadi makmur. Banyak raja-raja mendengar daripada mereka dan datang dari seluruh pulau ini untuk mengahwini mereka , tetapi semua telah dinafikan oleh mereka. Satu hari , seorang putera kacak datang, dan puteri mempunyai pertengkaran dan bertukar-tukar pukulan kerana kedua-dua mereka jatuh cinta dengan putera itu. Sejinjang mengayunkan tresher beliau yang melanda pipi Santubong ini . Santubong melemparkan penenun beliau di Sejinjang , memukul beliau di kepala. Meletakkan satu pengakhiran kepada pertengkaran , Raja Syurga menyumpah kedua-dua mereka menjadi gunung. Santubong bertukar menjadi Gunung Santubong manakala Sejinjang telah bertukar menjadi Gunung Sejinjang . Dikatakan bahawa kedua-dua gunung menyerupai wanita berbaring di atas belakang mereka dan retak di Gunung Santubong adalah parut di pipi Puteri Santubong ini . 

tapi, macam-macam cerita pasal dua orng puteri ni, tak tahu mana yang betul.. tapi mereka berdua bertengkar berebut putera raja la.. 

ni la Gunung Santubong

Gunung Sejinjang yang bertentangan dengan Gunung Santubong

ni puncak Gunung Santubong, ketinggian 810m

then, singgah jap kat Santubong Resort nak tengok pantainya... nak masuk bayar parking rm2.00 ok.

ni la pantainya yang bersih.. air die melambung tinngi sampai terkena orang yang duk kat tepi-tepii.. aku nyaris nak kena air mase posing kat situ. haha 

posing sebentar. nyaris nak kena ombak.. 


macam ni la pemandangan di pantai tu... ignore tuan yang cantik tu

ni la burung kenyalang yang ada kat resort tu.. 


puteri yang cantik berposing bersama burung kenyalang gergasi..hewhew

menuju ke resort...



sebelum tu posing dulu..tapi kenapa aku nampak gelap di sini

ni la akak yang bawak kami ke Santubong,.. credit to kak faridah.. die duk busy main kejar-kejar dengan anak die... thanks a lot kak

aku pon tak tau la kenapa gambar aku panjang-panjang,,,

ni sangitha. aku panggil die maggi..die pon suka posing jugak, dah berjangkit dengan aku

ni aku sorang je, si maggi takdak, die duk busy dengan bisnes maggi die... 


ni resort Santubong... gamabr ni sangitha yang ambik, sebab tu tercrop sikit.. entah mengapa die tak menggunakan sepenuhnya ilmu photography yang aku ajar kat die..

ni Kampung Budaya atau Muzium Hidup Sarawak. aku tak masuk dalam tu. ambik gambar kat luar je. berdekatan dengan Santubong Resort. Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia
kalau nak masuk kena bayar ok.. 

Entrance Fees: RM 45.00 for Adult RM 22.50 for child

last skali ni la muke aku..haha 


jumpa lagi next entry...ok assalam... bye





Friday, 24 January 2014

posing-posing

assalamualaikum...


amboi, entry kali ni berposing-posing pulak mek ni.. mek takdak idea nak post ape, biasa la blogger baru nk up. ni adalah saya.. nama penuh NOR ATIKAH BT CHE NOH, asal Pasir Puteh, kelantan.. ore klate la ni,,,,ado gu dok sini.. huhu.. sekarang ni sdang menjalani latihan industri kat IADA, Kalaka-Saribas-Betong, Daerah Saratok, Sarawak.. ambik dalam Dip. Kejuruteraan Pertanian.. last sem ok,,

ada lagi tak nak tahu? nok tahu nanti dalam entry lain ok... 
ada nampak gaya macam model tudung Fareeda tak..

anyo anyo...si kuning..(yellowness)

si blueness

tu jela,, tak leh banyak sangat nanti korang di landa kemurungan tengok aku ni.. 

bubye.. :)

Thursday, 23 January 2014

Oh Siput Oh Sedut

Assalamualaikum. 

Hari ni aku nak cite pasal aku gi kutip siput sedut kat pantai. ni bukan sebarang pantai tau. Aku gi ni kat pantai Alit. Pantai Alit tu kat mana? meh aku nak bagitahu kat korang. Pantai ni terletak kat Daerah Kalaka, dalam 40 minit dari Saratok, Sarawak. Aku gi pantai ni pon sebenarnya bukan nak cari siput, tapi singgah sebentar sementara menungu untuk buat aku punya projek latihan industri. Next entry aku cite kat korang pasal aku punya special project ok. 


ni la siput sedut yang aku cite... ni sekor je tau. ade lagi ni. 


siput ni hidup lagi tau tak. ade tuan dalam rumah tu. Aku kutip dalam 16 ekor. tu pon banyak tau. tak abis aku makan. nak tau macam mana aku masak,, 


ada pulak lalat kat situ. sibuk je nak posing jugak.. mengade la lalat ni.. tapi tu lalat ke..haha..


ni rupe tuan empunya siput ni... siput ni boleh dimakan kalau di masak. cara-cara untuk masak siput ni. 

1) basuh siput dan rendam lebih kurang 10 minit dahulu. pastikan basuh dengan cuci ye.


  2) tumbuk bawang putih, halia dan serai. pastu ambik periuk bubuh air, masukkan siput sedut tadi, masukkan bahan yang telah di tumbuk dan masukkan garam.. kemudian biarkan selama 20 minit. lama ke 20 minit? tak adala.. siput ni besar, jadi perlukan lama la sikit sebab nak kasi die empuk puk sikit ye..


  ni rupanya bila dah siap..

boleh di hidang dengan seni yang macam ni.. nampak cool je kan.




cara rebus nye sama macam nak rebus kerang.. pastu boleh makan dengan sos.. cicah je,,,sedap tau... harga benda ni mahal tau tak... rm2.00 dapat 5 ekor je.. 


next entri nanti aku lagi k..